#Hiburan: “Jilake Berhenti Jadi Perempuanlah!” – Gembira Berjaya Goreng Telur, Ramai ‘Bitter’ Dengan Leona?

Hantaran video terbaru dimuat naik oleh personaliti media sosial, Kasih Iris Leona memaparkan dirinya berasa teruja berjaya goreng telur mata buat pertama kali mendapat perhatian ramai.

Leona yang kini berusia 20 tahun mengakui bahawa dirinya tidak mengetahui cara menggoreng telur dan dia menonton video tutorial terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Advertisement

Kelihatan gadis tersebut sangat teruja apabila telur yang digoreng kelihatan sempurna hingga sempat berseloroh dia adalah seorang cef.

Warganet yang menonton video berkenaan merasakan Leona kelihatan sangat comel apabila berasa teruja dan tumpang gembira dia dapat melakukan satu perkara yang tidak dapat dilakukan olehnya sebelum ini.

Biarpun ramai yang memberi komen sokongan, sudah pasti ada juga golongan yang tidak gemar serta mengecam anak gadis pelakon Azhar Sulaiman itu.

komen netizen

Menurut segelintir netizen yang mengecam, perkara yang dilakukan itu adalah asas dan tidak perlu untuk berasa bangga, malah mereka merasakan Leona patut berasa malu kerana tidak tahu menggoreng telur.

Sehingga kini, video yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian yang cukup hebat, dimana lebih 50,000 tanda suka dan hampir 800,000 tontonan yang diterima.

2 minggu lalu

"Islam, Malu Lah" - 'Post' Gambar Hari Pertama Dekat Uni, Leona Dikecam Sebab Pakai 'Skirt' Pendek

The post “Jilake Berhenti Jadi Perempuanlah!” – Gembira Berjaya Goreng Telur, Ramai ‘Bitter’ Dengan Leona? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments