#Hiburan: (VIDEO & FOTO) Korban Halloween Itaewon Ragut 154 Nyawa, Ini Kronologi & Punca Tragedi

Sambutan Hari Halloween di Bandar Itaewon, Korea Selatan bertukar tragedi menyayat hati apabila sejumlah 149 nyawa terkorban dan beratus lagi cedera akibat dihempap dalam lautan manusia pada malam itu.

Punca kematian dilaporkan adalah disebabkan oleh sesak nafas dan serangan jantung akibat dihimpit kuat ribuan manusia sepanjang acara perarakan itu.

Advertisement

Lapor The Korea Hald, sebahagian mangsa yang maut telah dipindahkan ke hospital dan bakinya disimpan di lokasi sebelum dibawa ke gimnasium berdekatan.

Media sosial seperti Twitter turut memperlihatkan beberapa video ketika kejadian itu terjadi malah ia menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen tentang bagaimana insiden itu boleh berlaku.

Itaewon tragedi

Difahamkan, terlalu ramai pengunjung telah hadir ke pesta malam Halloween pada tahun ini di Korea setelah 2 tahun ia tidak diadakan disebabkan oleh pandemik.

Pada malam hari kejadian, lorong kecil di kawasan keramaian tersebut yang sememangnya padat telah dikunjungi oleh ribuan penduduk dan juga pelancong selain tiada pemantauan daripada pihak berkuasa tentang pengendalian kemasukan orang ramai telah memburukkan lagi keadaan.

Keadaan tiba-tiba sahaja menjadi di luar kawalan dan mencetuskan perasaan panik dalam kalangan pengunjung sebelum keadaan memburuk dan pengunjung mula dihempap dan tersangkut.

Menurut laporan CNN, kekurangan pihak berkuasa dan pasukan perubatan yang dihantar ke kawasan tragedi telah menyumbang kepada jumlah kematian berikutan bantuan yang lewat dihulurkan kepada mangsa.

IttaewonSumber : Twitter  

Malah, terdapat rakaman video pengunjung yang masih berpesta dan menari meskipun satu tragedi buruk telah berlaku di kawasan itu menjadi tular sekaligus mencetuskan perasaan kurang senang netizen.

Dilaporkan terdapat pelancong dari luar negara yang turut menjadi korban tragedi termasuklah Amerika Syarikat, Thailand, Sri Lanka, Jepun, Australia, Austria, Vietnam, Kazakhstan, Uzbekistan, Norway, China dan Iran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tular lelaki belasah remaja perempuan
5 jam lalu

(VIDEO) Libas Pakai Selipar, Tular Video Lelaki Terajang Gadis Di Sabah, - "Mendidih Aku Tengok!"

 

The post (VIDEO & FOTO) Korban Halloween Itaewon Ragut 154 Nyawa, Ini Kronologi & Punca Tragedi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments