Meskipun namanya pernah menjadi bualan ramai kerana dakwaan berlaku curang ketika isteri masih dalam pantang, penyanyi rap Aman Ra dilaporkan telah selamat melangsungkan perkahwinan kali kedua bersama wanita pilihannya pada Isnin lalu.
Perkara tersebut turut dikongsikan penyanyi itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat di media sosial.
Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami. Doakan yang terbaik dan terima kasih atas segala sokongan.
Berita gembira itu kemudiannya mendapat ucapan tahniah dan doa selamat daripada rakan artis seperti Zizan Razak, Amir Masdi dan ramai lagi.
Terdahulu, Aman Ra pernah mendirikan rumah tangga bersama Natiqah Rahmat namun bercerai pada Ogos 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa yang masing-masing berusia 4 dan 3 tahun.
Tahniah diucapkan buat Aman Ra!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dah Lama Bercerai” – Pernah Terpalit Kontroversi Curang, Aman Ra Kembali Bergelar Suami Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments