Sedia maklum, awal tahun Malaysia digemparkan dengan satu kontroversi apabila terdapat satu babak ‘panas’ dalam sebuah drama berjudul Perempuan Itu dipaparkan di media sosial dan ia kembali diperkatakan setelah pelakon utama, Zul Ariffin mengaku bersalah, lalu dikenakan denda di mahkamah.
Semasa ditemubual oleh pihak wartawan setelah hukuman dijatuhkan, Zul seakan-akan memberi pesanan sinis bahawa dirinya saja yang bersalah tetapi pihak lain terlibat adalah ‘malaikat’.
Susulan itu, penerbit drama berkenaan iaitu Erma Fatima tampil memberi pandangannya bahawa tiada siapa syaitan ataupun malaikat dalam isu yang terjadi dan mengatakan segala tindakan Zul mempromosi drama itu dengan memuat naik video ‘panas’ terbabit tidak diketahui oleh dirinya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, penerbit tersebut telah tampil di laman Instagram untuk memaklumkan bahawa dia akan sepenuhnya bertanggungjawab atas isu yang terjadi setelah dikecam ramai dan dilabel ‘lepas tangan’.
Tambahan lagi, Erma meminta agar semua pihak tidak mengambil kerja Tuhan dengan menjatuhkan hukum sesuka hati termasuklah memaki hamun dirinya. Namun, dia tetap akan memaafkan individu-individu terbabit serta berterima kasih.
Saya tak nak jadi manusia bertopengkan syaitan. Anda semua yang gemar memaki hamun itu telah saya maafkan.
Sekadar info, rakaman babak yang dilakonkan oleh Zul serta pelakon wanita baru, Siti Hariesa dianggap berlebihan kerana wujudnya unsur tidak senonoh untuk dipertontonkan kepada umum. Bagaimanapun, Zul telah memadam video tersebut beberapa jam selepas itu setelah menerima kecaman yang hebat daripada warganet.
The post “Tak Nak Jadi Manusia Bertopengkan Syaitan” – Erma Fatima Maafkan Netizen Yang Maki Hamun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments