#Hiburan: “Orang Kita Malas Membaca” – Dikecam Tak Tolong Fazura Dukung Anak, Ramai ‘Back Up’ Fattah Amin

Baru-baru ini pelakon Fazura memuat naik hantaran di TikTok memperlihatkan dia dan suami, Fattah Amin berserta anak mereka, Fatima sedang berjalan.

Walau bagaimanapun, apa yang mendapat perhatian adalah Fazura dilihat mendukung anaknya sampil memakai kasut bertumit tinggi.

Advertisement

Video tersebut mendapat reaksi negatif oleh netizen yang mana rata-ratanya mendakwa Fattah bersikap sambil lewa kerana tidak membantu isterinya.

“Bagilah bapak anaknya, takdelah penat berjalan,” ujar seorang warganet.

“Daddy pon dukung lah anak tu kesian wife…Semput dah mommy,” kata seorang lagi netizen.

Namun begitu, ada juga netizen yang mempertahankan pelakon filem Mat Kilau itu kerana sebab Fattah tidak mendukung anaknya telah pun ditulis di ruangan kapsyen oleh Fazura.

Sekadar info, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin telah mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada tahun 2017 serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

1 minggu lalu

"Comel Betul Couple Ni" - Peminat Terhibur Tengok Fattah Amin Kali Pertama Solek Fazura

The post “Orang Kita Malas Membaca” – Dikecam Tak Tolong Fazura Dukung Anak, Ramai ‘Back Up’ Fattah Amin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments