#Hiburan: “Kadang-Kadang Tak Boleh Diselamatkan” – Suami Sharifah Sakinah Jelas Punca Sebenar Berpisah

Baru-baru ini pelakon, Sharifah Sakinah memberi bayangan bahawa dia dan suami akan berpisah menerusi entrinya di Instagram.

Tampil memberi kenyataan tentang situasi itu, suami kepada pelakon tersebut, Michael Hansen menjelaskan mereka mempunyai komitmen dan tanggungjawab berat di negara masing-masing.

Advertisement

Jelasnya lagi, keputusan yang dibuat adalah menerusi hasil perbincangan dan dipersetujui oleh mereka berdua supaya masing-masing boleh fokus terhadap perkara penting seperti anak-anak dan keluarga.

Keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini dibuat secara bersama selepas melalui hasil perbincangan dan dipersetujui oleh kami berdua. Kami percaya ini adalah tindakan yang terbaik ketika ini supaya kami boleh fokus dengan perkara yang penting iaitu anak-anak serta keluarga masing-masing. Apapun, kami masih kekal sebagai kawan baik dan semuanya baik-baik saja.”

Dalam pada itu, Michael ketika ditemu bual Harian Metro memberitahu hubungan jarak jauh sangat sukar dan memerlukan usaha yang tinggi dalam mengekalkan perhubungan yang dibina.

Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut usaha yang lebih keras. Walaupun anda berada di negara yang sama tetapi berbeza bandar, ia masih sukar. Tidak kira berapa banyak anda mencuba dan berusaha keras, kadang-kadang ia sudah tidak boleh diselamatkan.”

Untuk info, Sharifah Sakinah mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama Michael Hansen pada Februari lalu.

Terdahulu, Sakinah juga pernah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 dan berpisah pada 2020.

Sakinah Michael Hansen cerai
6 hari lalu

"Kami Tidak Boleh Menjadi Pasangan Lagi" - Sharifah Sakinah Beri Bayangan Sudah Bercerai Di IG?

The post “Kadang-Kadang Tak Boleh Diselamatkan” – Suami Sharifah Sakinah Jelas Punca Sebenar Berpisah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments