Pagi ini, usahawan kosmetik sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tiba di Mahkamah Sepang atas pendakwaan memuat naik video sumbang pada April lalu.
Difahamkan dari laporan Kosmo, Aliff tiba di mahkmah dengan menaiki kereta mewah, Mercedes Benz bersama-sama dengan peguamnya.
Menurut Sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), usahawan terbabit akan berdepan dengan empat pertuduhan mengikur Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media (AKM) 1988.
Terdahulu, Aliff dipanggil oleh pihak MCMC untuk memberi penjelasan lanjut mengenai beberapa babak dalam muzik video Aidilfitri nyanyiannya yang dikata kurang sesuai dipertontonkan kepada umum.
Video terbabit didakwa mempunyai unsur yang bertentangan dengan norma serta budaya tempatan dan ia seakan-akan usahawan tersebut menyokong ‘golongan’ terbabit.
Susulan kontroversi yang dicetuskan oleh Aliff itu, dia telah menerima pelbagai kecaman daripada warganet kerana video terbabit memaparkan sekumpulan lelaki lembut yang membuat tarian menjolok mata, malah ia dipertontonkan ketika bulan Ramadan.
The post MV Raya Penuh Lelaki ‘Lembut’ Menari Tak Senonoh, Aliff Syukri Bakal Didakwa Di Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments