#Hiburan: (VIDEO) “Sumpah Saya Tak Tinggal Awak” – Hanya Mampu Meraung, Suami Lihat Isteri Rentung Depan Mata

Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ridzema Naj memaparkan nahas yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Sedenak, Johor.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat hanya mampu meraung melihat isterinya terperangkap di dalam kereta yang sedang terbakar.

Advertisement

Difahamkan, punca kejadian berlaku apabila sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan dari belakang sewaktu kesesakan lalu lintas.

Allahuakbar. Yang, biy tak tinggal awak yang. Sumpah yang, biy tak tinggal awak yang. Allah! Allah! Bini saya tu bang.

Apa yang lebih menyayat hati apabila mangsa, Allahyarhamah Nurul Nazihah dan suaminya, Muhamad Redzuan baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan kali ke-3.

Bukan itu sahaja, kakak kepada mangsa turut memaklumkan Allahyarhamah baru sahaja seminggu pulang daripada menunaikan Umrah di Tanah Suci.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video itu telah mengundang sebak rata-rata warganet yang mendoakan agar keluarga mangsa terutama suami terus tabah untuk menghadapi ujian ini.

Sakit tiada luka ya allah……. – Warganet.

Innalillah… semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hari lalu

Terjebak Layan Video 'Lucah', Adik Beradik Gian Buat 'Projek' Tengah Malam

The post (VIDEO) “Sumpah Saya Tak Tinggal Awak” – Hanya Mampu Meraung, Suami Lihat Isteri Rentung Depan Mata first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments