#Hiburan: “Mencarut Tak Pelat Pulak, Nampak Sangat Dah Biasa” – Jerit Bab* Puk*mak Lanc*u, Ratu Teruk Dikecam Netizen

Jika anda aktif di TikTok, pasti kenal dengan Ratu Farah yang selalu membuat content ‘pick up lines’ namun dia kini dikatakan semakin ‘over’ dan memalukan.

Sebelum ini, dia pernah dikritik di Twitter kerana video ‘pick up lines’ yang diberikan ketika berjumpa dengan Aizat dan Hael Husaini.

Advertisement

3 minggu lalu

"Cakap Terencat Kang Kena Kecam..." - Buat Artis Rasa 'Awkward', Netizen Dah Mula Menyampah Dengan 'Content' Ratu

Terbaru, rakaman video menunjukkan Ratu cuba aktiviti flying fox di resort milik Datuk Seri Aliff Syukri tular dan kata-kata yang keluar daripada mulutnya mengundang kritikan ramai.

Berdasarkan video berdurasi 27 saat itu, Ratu dilihat berasa sangat takut untuk meneruskan aktiviti berkenaan meskipun sudah lengkap memakai alat perlindungan diri.

Lebih mengejutkan, dia turut mencarut beberapa kali disebabkan rasa takut itu dan ia membuatkan ramai warganet berpendapat bahawa perkataan serta tindakan Ratu berlebihan.

Menerusi ruangan komen entri berkenaan, rata-ratanya menyentuh isu cara percakapannya dan berkata mereka dengar Ratu tidak pelat ketika mengeluarkan kata-kata tidak elok itu.

Segelintir netizen akui berasa malu dengan tindakan Ratu dan ada yang turut memerli dengan menyuruhnya menyebut perkataan yang memberikan pahala apabila disebut.

Sebut la Subhanallah ke, Allahuakbar ke. Dapat juga pahala.”

The post “Mencarut Tak Pelat Pulak, Nampak Sangat Dah Biasa” – Jerit Bab* Puk*mak Lanc*u, Ratu Teruk Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments