Zaman sekarang ni, kulit nampak muda berseri dan tanpa cela adalah antara salah satu standard kecantikan yang diletakkan untuk para wanita. Tapi, standard tak standard, sebagai wanita, memang kita nak kulit wajah yang nampak muda berseri pun kan?
Jadi, untuk mencapai kulit wajah idaman ini, kebanyakan wanita menggunakan produk pencerahan kulit sebagai salah satu langkah untuk menghilangkan bintik hitam di muka supaya tampil lebih yakin berseri.
Namun, anda tahu tak bahan apa yang terkandung dalam produk pencerahan kulit serta tahap keberkesanannya? Haa, kalau nak tahu, jom kami kongsikan!
Bahan Aktif Untuk Mencerahkan Kulit
Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan dalam produk pencerahan kulit oleh kebanyakan jenama yang berada di pasaran sekarang.
Antaranya seperti peeling agent, Butylresorcinol, Asid Kojic, dan Arbutin. Tapi, sejauh manakah tahap keberkesanannya pada kulit?
View this post on Instagram
Haa, kalau anda tengok video Yana Samsudin ni, dia menceritakan pengalamannya menggunakan pelbagai produk kecantikan yang tiada satu pun dapat membantu merawat masalah bintik hitam kulitnya sehinggalah dia menjumpai NIVEA Luminous630.
Menurut artis terkenal ini, dia dapat lihat keberkesanan NIVEA Luminous630 dalam masa 2 minggu saja. Seriuslah?
Selain itu, doktor pempengaruh digital terkenal, Dr Say Shazril juga menceritakan kebaikan dan tahap keberkesanan NIVEA Luminous630 dalam membantu untuk merawat bintik hitam pada kulit serta kesan sampingan jika menggunakan bahan-bahan pencerahan lain pada kulit.
Kalau anda nak tahu, bahan pencerahan macam hydroquinone atau “peeling agent” lain nampak berkesan untuk mencerahkan kulit, tetapi mendatangkan kesan bahaya yang akan merosakkan kulit dan membuatkan kulit menjadi sensitif. Takutnya!
Manakala Butylresorcinol pula merupakan antara bahan pencerahan popular yang terdapat pada banyak produk pencerahan kulit jenama kaunter. Namun, jika dibandingkan dengan NIVEA Luminous630, Luminous630 ini terbukti memberikan kesan lebih daripada 10 kali ganda! Wow, seriuslah?!
Bukan itu saja, Asid Kojic juga antara bahan terkenal sebagai agen pencerahan kulit terutama dalam produk yang dihasilkan oleh Jepun, tapi ia tidak memberikan kesan sebaik NIVEA Luminous630 yang mampu memberikan prestasi sehingga 100 kali ganda!
Satu lagi bahan terakhir yang kerap digunakan dalam banyak produk pencerahan kulit adalah Arbutin yang mana tahap keberkesanannya sungguh rendah – sebagai bandingan, NIVEA Luminous630 1000 kali ganda lebih berkesan!
Haa, sekarang anda nampakkan perbezaannya dalam penggunaan bahan aktif yang digunakan dalam serum anti bintik hitam berbeza. Jadi, kenalah bijak memilih!
Satu fakta penting kami nak share juga, NIVEA Luminous630 adalah serum anti bintik hitam no.1 di dunia! Serum ni juga mengandungi 2X Hyaluron molekul kecil yang memberikan super-penetrasi jauh ke dalam kulit dan vitamin E yang mampu mengurangkan pembentukan melanin dari dalam kulit serta berkesan untuk mengurangkan garis halus dan meningkatkan keseian kulit!
Untuk pengetahuan, NIVEA Luminous630 terhasil selepas penyelidikan yang dijalankan oleh para pakar kulit di Jerman selama 10 tahun dengan menggunakan teknologi Jerman.
Menariknya, ia merupakan suatu inovasi cemerlang, di mana lebih daripada 50,000 molekul telah diuji untuk menghasilkan bahan aktik terobosan LUMINOUS630. Ia terbukti berkesan untuk mengurangkan 71% bintik hitam serta 66% garis halus, dalam 2 minggu saja.
Bukan itu saja, ia juga dapat meningkatkan 81% keserian kulit menerusi bahan-bahan yang digunakan seperti Luminous630, Hyaluron dan antioksidan.
Paling penting, kalau anda pakai NIVEA Luminous630 ini secara konsisten, anda akan nampak kesan yang ketara dalam masa 2 minggu dengan jaminan wang dikembalikan tau! Wow, nampak tak betapa efisiennya NIVEA dalam memberikan penjagaan kulit wajah terbaik!
Rangkaian produk NIVEA Luminous630 terdiri daripada Serum NIVEA Luminous630 Anti Dark-Spot, Krim Malam Luminous630 Anti Dark-Spot, Pelembap Luminous630 SpotClear SPF50 dan Krim Mata Luminous630. Haa, kenapa perlu pilih satu kalau boleh seluruh rangkaiannya? Pasti results lagi best!
Kalau berminat untuk cuba sendiri rangkaian NIVEA Luminous630, anda boleh dapatkan di farmasi Watsons berdekatan atau Watsons atas talian atau aplikasi e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi NIVEA atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
The post Produk Pencerahan Kulit Adalah SCAM? Pakar Dedah Kesan Jangka Lama Pada Kulit! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments