#Hiburan: “The Hate Is Real” – Caprice Tersinggung Cikgu Fadli Tak Nak Orang Luar Campur Tangan

Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu, media sosial penuh dengan isu seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Fadli menyuarakan tentang silibus pendidikan yang tidak masuk akal hingga mengakibatkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib.

Isu terbabit sememangnya meraih perhatian yang cukup hebat. Bukan saja daripada netizen, malah Caprice juga tidak terkecuali untuk mengulas isu ini.

Advertisement

Bagaimanapun, Cikgu Fadli menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak mahu ‘orang luar’ ikut campur dalam isu yang terjadi, termasuklah ahli politik.

Susulan itu, barangkali tersinggung dengan kenyataan guru terbabit, Caprice memuat naik IG Story luahan dirinya juga tidak minta untuk dilayan.

Dalam pada itu, penyanyi rap itu juga berkata dia dari dulu memang sering memberi pendapat mengenai sesuatu isu kerana pengikut mahukannya serta meminta guru terbabit untuk tidak lupa diri setelah mendapat perhatian yang cukup hebat daripada kalangan warganet.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Caprice Cikgu Fadhli Salleh
1 hari lalu

“Dia Nak Masuk Campur Tapi..”- Caprice Buat Cubaan Nak Ulas Isu KPM, Ini Respon Cikgu Fadli Salleh

The post “The Hate Is Real” – Caprice Tersinggung Cikgu Fadli Tak Nak Orang Luar Campur Tangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments