#Hiburan: “Naik Bas Pergi Danok” – Didie Alias Dedah Pernah Berniaga Di Kelab Malam, Jual ‘Coli’ Kepada GRO

Pelakon dan juga pelawak, Didie Alias baru-baru ini ada berkongsi pengalaman dan detik sukar mencari rezeki pada suatu ketika dahulu.

Cerita Didie, dia pernah berniaga dalam kelab malam hanya kerana mencari rezeki dan menampung hidup anak beranak.

Advertisement

Meskipun dia melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan hanya boleh tidur beberapa jam sahaja dalam sehari, namun Didie tidak pernah mengeluh dan terus kuat mencari rezeki.

Saya pergi Danok naik bas untuk beli barangan wanita, pakaian dalam wanita dan saya jual kepada GRO-GRO di dalam sana.

Malah, Didie berkata suaminya pernah menggunakan wangnya sendiri untuk membeli rumah buat dia dan anak-anak meskipun pada waktu itu mereka hanya berkawan.

Waktu itu saya sangat susah, saya menyewa di apartment dan dihalau keluar kerana tak mampu nak bayar tapi Allah munculkan seorang lelaki bujang dalam hidup saya.

Saya hanya berkawan sahaja dengan dia masa tu tapi dia sanggup keluarkan duitnya sendiri untuk membeli rumah untuk anak-anak.

Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih buat suami tersayang kerana tetap bersama ketika susah dan senang.

Didie juga menitipkan pesanan kepada ibu tunggal di luar sana agar terus berusaha dan jangan mudah patah semangat meskipun dipandang rendah oleh masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PU Azman gangguan seksual
2 jam lalu

(VIDEO) "VC Dengan Ustaz Jap" - Individu Dedah Bukti Pernah Diganggu Secara Seksual Dengan PU Azman Di Instagram?

The post “Naik Bas Pergi Danok” – Didie Alias Dedah Pernah Berniaga Di Kelab Malam, Jual ‘Coli’ Kepada GRO first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments