#Hiburan: “Ayah Tak Suka..” – Diana Amir Dedah Pernah Buka Tudung Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa Ketika Mula Berlakon

Baru-baru ini, pelakon Diana Amir mendedahkan kisah pengalamnya sewaktu memulakan kerjaya dalam bidang lakonan.

Pendedahan itu dikongsikan menerusi sesi Live bersama pendakwah terkenal, Ustazah Asma dan rakan selebriti, Elfaeza Ul Haq.

Advertisement

Menerusi video tersebut, Diana mengakui kerjaya dalam bidang lakonan ditentang oleh bapanya yang bimbang soal pemakaian dan pergaulan ketika berlakon.

Memang ayah saya tak bagi… saya membesar dalam keluarga yang memahami agama Islam.

Lepas tu bila nak mula berlakon tu, ayah tak suka la sebab dia tahu berlakon ni tak boleh nak tutup aurat dan nak kena bergaul.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 36 tahun itu turut mengakui dia telah memakai tudung dari zaman remaja namun kerap membukanya tanpa pengetahuan ibu bapa.

Masa sekolah, on off… itu pun tanpa pengetahuan la

@teddybear_purple

#artishijrah #dianaamir #hijrah #artismalaysia #temubual #ustazahasmaharun #uah #madinahalmunawaroh #umrah #hijrahartis #elfaezaulhaq #hijrahfyp?

? Yasir Lana – arief akdw

Dalam pada itu, Ustazah Asma memaklumkan perkongsian yang dilakukan oleh Diana bukanlah bertujuan untuk membuka pekung sendiri sebaliknya untuk dijadikan inspirasi.

Ramai anak muda yang sekarang ni sedang mencari-cari. Diorang kenal Diana Amir macam ni, diorang tak tahu dia pernah alami konflik zaman remaja.

Jelasnya lagi, perkongsian tersebut mungkin dapat memberikan penonton untuk rasa lebih dekat dengan kisah penghijrahan pelakon itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sisi gelap Caprice
18 jam lalu

(VIDEO) Selalu 'Sibuk' Ulas Isu Orang, Kali Ini Ada Wanita Nak Dedah Sisi Gelap Caprice Pula?

The post “Ayah Tak Suka..” – Diana Amir Dedah Pernah Buka Tudung Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa Ketika Mula Berlakon first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments