Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah video memaparkan seorang lelaki yang wajahnya mirip Allahyarham Yasmin Ahmad sedang mengalunkan sebuah lagu bertajuk God Didn’t Make Little Green Apples in Summer Times.
Menerusi kapsyen video tersebut, lelaki berkenaan adalah sosok tubuh Allahyarham Yasmin Ahmad ataupun juga dikenali sebagai Zulkifli Ahmad yang menyertai pertandingan nyanyian Bakat TV suatu ketika dahulu.
Mempunyai suara yang merdu, netizen meluahkan rasa teruja melihat lelaki itu dan masih ramai yang tidak mengetahui kisah lama Allahyarham sebelum namanya dikenali sebagai pelakon dan juga pengarah filem versatil.
Dia bertuah. Allah bagi izin hidup dua cara. Dia pun tahu mana kedudukan dia. Pengarah terbaik. Semua cerita dia saya minat.
Namun begitu, ramai juga yang menganggap tidak perlu untuk menghebahkan video-video lama Allahyarham kerana Yasmin Ahmad sudah tiada di dunia ini dan tidak sepatutnya kita membuka aib mereka yang meninggal dunia.
Yang baik dijadikan tauladan. Simpan aib sesama kita sebab banyak aib kita Allah tak tunjuk. Al-fatihah untuk yang mendahului kita.
Sekadar info, Yasmin Ahmad merupakan seorang pengarah filem dan penulis skrip. Dilahirkan di Muar, Johor, Allahyarham terkenal dengan filem-filem arahan seperti Mukhsin, Talentime, Sepet, Gubra dan banyak lagi.
Allahyarham Yasmin Ahmad meninggal dunia pada 25 Julai 2009 setelah tiba-tiba jatuh pengsan akibat darah beku di otak yang menyebabkan saluran darah pecah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Tular Video Lama Yasmin Ahmad Di TikTok, Netizen Tak Puas Hati,- “Sanggup Korek Kisah Lama, Buka Aib Arwah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments