#Hiburan: Ada Masalah Kulit Kering? Dermatologi Dedah Keberkesanan Oat Dalam Merawat Kulit!

Siapa dekat sini ada masalah kulit kering dan kegatalan yang melampau cuba angkat tangan sikit! 

Kadang-kadang rasa annoying sangat sebab tak dapat nak hilangkan rasa gatal tu!

Advertisement

Nak kata tak pakai losen, dah cuba macam-macam jenis losen dah, tapi masih lagi rasa kering dan gatal. Nak cari losen yang betul-betul ‘ngam’ pun susah juga.  

Haa, anda tahu tak sebenarnya ada satu bahan yang bukan saja telah digunakan sejak sekian lama, malah terbukti dalam pelbagai kajian dermatologi dan klinikal tentang keberkesanannya dalam merawat kulit kering tau iaitu oat.

Oat Jadi Bahan Terbaik Rawat Kulit Kering

Siapa sangka, oat yang selalu dijadikan menu sarapan serta makanan untuk orang yang tengah diet rupanya turut memberi manfaat pada kulit kering. 

Kalau anda nak tahu, oat telah lama digunakan sebagai salah satu bahan yang paling berkesan untuk merawat masalah kulit, mengimbangi ekosistem bakteria pada kulit serta memberi kelembapan. 

Jom kita tengok 5 kelebihan oat untuk masalah kulit kering!

1. Mengekalkan Kelembapan Kulit

Apa yang menarik tentang oat ini adalah ia mengandungi kanji dan beta-glukan yang dapat menarik air ke dalam kulit dan membentuk pelindung untuk membantu mengekalkan tahap kelembapan pada kulit. Bagusnya!

2. Melegakan Kegatalan

Siapa yang selalu garu kulit sampai tinggalkan kesan tu, lepas ni dah tak perlu risau lagi sebab oat dapat melegakan kegatalan!

Untuk pengetahuan, oat mempunyai avenanthramides yang dapat membantu untuk mengurangkan rasa gatal serta ketidakselesaan pada kulit. 

Jadi, kalau anda mula rasa gatal-gatal, pastikan korang berendam dalam tab mandi yang diisi air oat atau gunakan losen atau krim yang mengandungi ramuan oat!

3. Menjadi Agen Antioksidan Yang Berkesan

Selain dapat melegakan kegatalan, avenanthramides yang terdapat pada oat ini juga mampu  memberikan antioksidan dan anti-radang secara semulajadi pada kulit tau! Wow!

Terdapat beberapa kajian menunjukkan losen yang mengandungi oat dapat memperbaiki kulit kering secara efektif dan ketara. 

Bukan itu saja, sesetengah polifenol yang terdapat pada oat juga dapat memberikan sedikit perlindungan UV untuk memastikan kulit kekal sihat dan awet muda. Wah, bestnya!

4. Mengurangkan Kemerahan

Jika anda mengalami masalah kemerahan atau keradangan, oat adalah pilihan yang tepat! 

Untuk pengetahuan, saponin yang terkandung dalam oat mempunyai kualiti pembersihan yang boleh membantu membersihkan liang-liang pada kulit, lantas memulihkan kemerahan. Terbaiklah!

5. Melembutkan Kulit

Oat bukan saja dapat melegakan kerengsaan, malah ia juga merupakan penyelesaian terbaik untuk kulit yang kasar dan bersisik tau! Siapa yang alami kulit kering pasti faham perasaan annoying apabila kulit bersisik betul tak?

Jadi, dengan menambahkan oat ke dalam mandian suam, ia dapat membantu untuk melembutkan kulit serta menyahkan kulit yang bersisik. 

Selain itu, ia juga sangat sesuai untuk menangani masalah kulit yang keras dan kering pada kaki dan masalah tidak selesa seperti ekzema atau ruam. Ini yang kita mahukan! 

AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion, Losen Terbaik Untuk Kulit Kering! 

Wow, banyakkan manfaat oat ni? Siapa yang ada masalah kulit kering dan sensitif tu, dah boleh berendam dalam air oat atau cuba sendiri losen ramuan oat! Tapi, losen apa yang mengandungi rumusan oat?

Haa, kalau anda nak tahu, AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion adalah antara losen terbaik yang mengandungi ramuan oat tau! Seriuslah?!

Untuk pengetahuan, AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion ini dirumus dengan Triple Oat Complex(Oat Flour, Oat Oil dan Oat Extract) serta natural shea butter yang dapat membantu untuk melegakan serta melembutkan kulit kering. 

Lagi best, ia juga dapat memberikan kelegaan pada kulit yang kering dan gatal hanya dalam masa 60 saat saja tau! Wow, cepatnya!

Bukan itu saja, ia juga terbukti secara klinikal dapat melegakan kulit sensitif kering dan gatal yang sesuai digunakan untuk semua peringkat usia, walaupun umur telah mencecah 60an. Wow, bagusnya! 

Paling penting, losen ini bertindak serta-merta menyerap ke dalam kulit untuk menyuburkan dan memulihkan, serta memberikan kelembapan sehingga 72 jam. Siap melembutkan kulit untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif lagi tau!

Plus point kami nak berikan kepada produk AVEENO® kerana komitmen yang ditunjukkan bagi menjaga alam sekitar dengan memilih pembungkusan mesra alam, yang mana botol produknya diperbuat daripada 30% plastik yang telah dikitar semula (Post-Consumer Recycled Plastic).

Haa, kalau anda berminat untuk cuba sendiri dan tengok tahap keberkesanan AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion ini, korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan atau secara atas talian di Guardian, Watsons, Shopee dan Lazada

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi AVEENO® atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan YouTube

 

The post Ada Masalah Kulit Kering? Dermatologi Dedah Keberkesanan Oat Dalam Merawat Kulit! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments