#Hiburan: “Semakin Parah Hiburan Melampau” – PU Syed Desak Kerajaan Sekat Kemasukan Selebriti Thailand

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram yang menggesa pihak kerajaan dan pihak berkuasa supaya menghalang selebriti terkenal Thailand daripada bertemu peminat menerusi Shooting Star Asia Tour pada 5 November ini.

Saya menyeru kepada pihak kerajaan dan pihak berkuasa agar menyekat makhluk-makhluk ini dari masuk ke Malaysia!!”

Semakin parah hiburan melampau dan tak tahu nak beza penghibur atau penyetan kepada masyarakat.”

Advertisement

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berpendapat program berkenaan wajib disekat kerana dianggap tidak mendatangkan manfaat dan membawa bala terhadap negara ini.

“Ini yang wajib disekat…bukannya Maula..LGBT ni yang mendatangkan bala terhadap Malaysia,” kata seorang warganet.

“Sepatutnya yang ini lah dihalang dikaji jangan bagi masuk Malaysia…takde manfaat..tambahkan maksiat dan dosa je,” ujar seorang lagi netizen.

Sekadar info, PU Syed sebelum ini pernah meminta kerajaan melarang konsert BlackPink kerana bimbang tentang keselamatan dan akhlak umat Islam di Malaysia.

Pu syed larang blackpink buat konsert di malaysia
2 bulan lalu

"Ejen-Ejen Dajjal Makin Rancak!" - PU Syed Minta Kerajaan Larang BLACKPINK Buat Konsert Di Bukit Jalil

The post “Semakin Parah Hiburan Melampau” – PU Syed Desak Kerajaan Sekat Kemasukan Selebriti Thailand first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments