Sebelum ini, sebuah parti politik mendakwa Konsert Riuh Sokmo yang menampilkan kumpulan Wings di Negeri Kelantan bertentangan dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang dibawa kerajaan negeri itu.
Bukan itu sahaja, vokalis Wings iaitu Dauk Awie turut kesal apabila penganjuran konsert tersebut turut dituduh menjadi punca kerosakan akhlak rakyat di Kelantan.
Tampil menjelaskan dakwaan, Awie berkata tiada masalah sekiranya ada sedikit hiburan diberikan kepada rakyat negeri itu selain turut mengingatkan agar ahli politik tidak terlalu cepat menghukum sesuatu perkara.
Jangan terlalu ekstrim menghalalkan atau mengharamkan sesuatu perkara itu, bagi peluang dan ruang untuk mereka merasa sebelum ada perkara negatif berlaku.
Menurut penyanyi lagu Isabella itu, jika seseorang individu mahu berubah bukan setakat kepada sesuatu yang jahil, mengisi sedikit ruang untuk berhibur adalah tidak salah.
Jangan salahkan Wings yang hanya datang sehari dan buat persembahan di negeri itu, rakyat negeri itu terus itu jadi jahanam.
Malah, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata negeri itu sepatutnya menggunakan kelebihan ahli politik yang ada untuk membantu negeri Kelantan menjadi lebih baik agar rakyat terjamin.
Ini sebenarnya permainan politik, jangan dengan penganjuran konsert begini dijadikan permainan politik, tidak elok.
Tambah penyanyi berusia 53 tahun itu lagi, negeri terbabit sudah terlibat dengan pelbagai kes jenayah selain konsert itu yang sudah ditetapkan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Kalau nak cerita tentang masalah yang ada di situ, memang dah sedia ada banyak kes melibatkan pelbagai jenayah. Itu yang perlu diambil kira bukan sebab konsert itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Datang Sehari Takkan Terus Jah*nam” – Awie Jawab Dakwaan ‘Wings’ Punca Akhlak Rakyat Kelantan Rosak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments