#Hiburan: “Kau Buat, Kau Jaga La” – Bukan Jenis Suka Budak, Bakal Bapa Dikritik Tak ‘Ready’ Dapat Anak

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan mesej daripada seorang lelaki mendedahkan mengenai isterinya yang bakal melahirkan anak pertama.

Menerusi hantaran tersebut, lelaki itu mengakui sejak dahulu lagi dia kurang menggemari dan tidak mesra dengan kanak-kanak.

Advertisement

Malah, dia meluahkan rasa resah apabila isterinya akan melahirkan anak pertama mereka tidak lama lagi dan bimbang sikapnya itu akan memberi kesan kepada anaknya.

Aku nervous gila sebab seumur hidup tak pernah dukung baby. Sebabnya aku tak suka budak-budak dari dulu.

Now aku dah start fikir what if aku aku tak boleh dengar baby nangis? What if aku marah?

Bagaimanapun, lelaki berkenaan turut memaklumkan dia akan cuba untuk menjadi seorang bapa yang baik.

Aku nak cuba suka baby tapi takut tak boleh suka. Ke sebenarnya perasaan sayang baby ni tiba-tiba hadir?

Menjengah di ruangan balas, hantaran tersebut telah menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya memberi kata-kata semangat kepada lelaki berkenaan agar tidak risau kerana perasaan sayang itu pasti akan muncul ketika kali pertama memegang zuriat sendiri.

Namun, ada juga segelintir netizen yang memberi komen negatif dan menganggap bahawa lelaki berkenaan masih belum bersedia untuk mendapat cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peniaga nasi lemak mengamuk
5 jam lalu

"Besok Aku Taknak Tengok Nasi Lemak Kat Sini" - Tular Video Wanita Tengking Peniaga Lain Jual Makanan Sama

The post “Kau Buat, Kau Jaga La” – Bukan Jenis Suka Budak, Bakal Bapa Dikritik Tak ‘Ready’ Dapat Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments