#Hiburan: (TAHNIAH) Rita Sosilawati Kini Bergelar Datin

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, suami kepada usahawan kosmetik popular, Rita Sosilawati iaitu Khamarulazlan Mohamad Hanafiah kini dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa Datuk.

Ia sekali gus membuatkan Rita yang merupakan anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya itu kini bergelar Datin.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

View this post on Instagram

Tahniah sayang diatas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) ups and down together makes us stronger than before… i’m so proud of your achievement sayang @khamarulkr ❤ ❤❤

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on

“Tahniah sayang di atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) susah senang bersama membuatkan kita lebih kuat daripada sebelum ini, saya sangat bangga dengan pencapaian kamu sayang.”

Dalam pada itu, Rita juga tidak ketinggalan memuat naik sebuah video yang menyaksikan majlis istiadat penganugerahan itu berlangsung.

View this post on Instagram

A day to remember❤ 11/10/2020 Sunday 9.45pm

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat tumpang gembira dengan perkara tersebut, malah tidak lupa menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan itu.

Untuk rekod, Rita merupakan anak sulung kepada pengasas kosmetik Nouvelles Visages (NV), Sosilawati yang mati dibunuh dalam satu insiden pembunuhan terancang pada Ogos 2010.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments