Khabarnya pasangan selebriti romantik iaitu Siti Sarah dan Shuib telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.
Menurut sumber, pasangan selebriti itu hadir sekitar tengah hari tadi ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan mengenai kes tersebut. Pun begitu, siasatan masih dijalankan dan penglibatan mereka masih belum dapat dipastikan.
Difahamkan, selain daripada Siti Sarah dan Shuib, terdapat lagi beberapa individu termasuk selebriti lain yang akan dipanggil melibatkan kes yang sama.
“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan.”
Malah usaha pihak media cuba untuk menghubungi pasangan popular ini telah menemui kegagalan.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Azam Baki mengesahkan ada pasangan selebriti yang telah menerima panggilan pihaknya tetapi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments