Menjelaskan situasi sebenar selepas tindakannya memuat naik video di Instagram Story memaparkan gelagat PU Riz sedang bersembang dengan adiknya, Neelofa disertai emoji hati, Noor Nabila akui situasi itu membuatkannya rasa bersalah.
Menurutnya, emoji itu telah disalah erti oleh ramai pihak. Hal ini kerana, beliau hnaya sekadar mahu berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya.
“Tak sangka viral dan saya rasa serba salah pula. Nak padam pun benda dah tular. Sejujurnya emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun tapi orang luar sudah menyalah tafsir perkara itu. Pada majlis pernikahan itu, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa. Semua tetamu iaitu keluarga dan kawan mengenakan baju berwarna biru kecuali dulang boys!”
Dalam pada itu, Nabila juga turut mengakui beliau langsung tidak kisah siapa lelaki yang akan menjadi pilihan hati adiknya.
“Tak kisah la sama ada PU Riz atau sesiapa sahaja. Yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu. Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya. Ilmu agama itu penting, dapat mendidik. Kami pun senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya,”
Bagaimanappun, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada bekas pengacara MeleTOP itu memilih untuk tidak mengulas lanjut berikutan isu yang sedang dikaitkan dengan anaknya.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Kalau boleh, saya tak mahu cakap atau sentuh perihal jodoh anak saya.”
Minggu lalu, kecoh di semua platform media sosial apabil wujud dakwaant Neelofa khabranya menjalin hubungan rapat dengan PU Riz apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu. Namun, segalanya tetap dinafikan kedua belah pihak dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja semata-mata.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments