#Hiburan: Tak Akan Berahsia Jika Hamil Anak Kedua, Datuk Siti Nurhaliza Pohon Doa Peminat

Jika sebelum ini timbul desas desus yang mengatakan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza sedang hamil gara-gara anaknya Siti Aafiyah seolah-olah memberi ‘hint’ bakal menerima adik, beliau tampil menjawab spekulasi berkenaan, baru-baru ini.

Datuk Siti ataupun lebih mesra disapa Tok Ti di kalangan peminat berkata, dia sama sekali tidak akan menyembunyikan berita seumpama itu jika ianya benar terjadi.

“Doakan semoga hasrat saya untuk kembali hamil menjadi kenyataan. Insya Allah apabila betul-betul berlaku, saya akan kongsi berita gembira dengan peminat,”

Tok Ti yang ditemui secara eksklusif oleh media turut menegaskan bahawa jadual hariannya tetap sama meskipun dia kini jarang kelihatan di dalam pelbagai acara dan program.

View this post on Instagram

Happiness bloom from within @fjbenjamin.my @marcjacobs #THEMARCJACOBS

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Ada ketika saya buat kerja di rumah sambil melayan Siti Aafiyah. Jika ada tugasan di pejabat atau lokasi lain saya akan keluar. Saya ada dan tidak hilang ke mana pun,”

Dalam pada itu, Datuk Siti yang sebelum ini sibuk melancarkan album terbaharu berjudul ManifestaSITI 2020 tidak berhasrat untuk menangguhkan usaha memiliki cahaya mata kedua meskipun kerjaya seninya semakin rancak dan berada di puncak.

Sumber : Berita Harian Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments