#Hiburan: “Rakyat Semua Ikut SOP Tapi Pihak Atasan..” Khai Akademi Fantasia Kesal Layanan Tidak Adil Terhadap Orang Awam

Peningkatan kes baharu akibat pandemik COVID-19 sejak kebelakangan ini telah menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat.

Turut memberi pendapat mengenai isu itu, bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Khai turut meluahkan perasaan kecewa dan sedih menerusi ruangan Twitter miliknya.

Menurut Khai, dia merasa kesal kerana ada segelintir pihak yang didakwanya culas dalam mengikuti Standard Of Procedure (SOP) yang telah ditetapkan serta layanan yang tidak sama antara rakyat dan orang atasan.

Dia dalam pada itu sempat menceritakan pengalaman pernah dimarahi kerana tidak memakai pelitup muka dengan meskipun sedang menjamu selera di sebuah restoran.

View this post on Instagram

Legams ? #KhaiRosma #Terbako

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Sekadar info, terdapat 354 kes baru dicatatkan dengan 6 kematian sehingga tarikh 9 Oktober 2020. Statistik kematian semalam merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan sejak wabak ini melanda Malaysia.

Pakai pelitup muka ketika berada di luar dan sentiasa jaga kebersihan diri. Jika tiada keperluan untuk keluar, sila berada di rumah dalam usaha mengekang penularan wabak merbahaya ini #stayathome #kitajagakita .


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments