Mengijak usia lima tahun, segala gerak geri Aaisyah Dhia Rana kini makin diperhatikan netizen apatah lagi beliau kini khabarnya semakin pandai bergaya seperti ibunya, Rozita Che Wan.
Namun begitu, foto percutian yang dikongsikan oleh Che Ta di laman Instagram miliknya seakan menimbulkan rasa kurang senang warganet yang dilihat tidak segan menegur pakaian anak bongsu pelakon itu kerana disifatkan terlalu seksi dan terdedah.
Dalam posting tersebut, Aaisyah dilihat sedang sedang berbaring di riba ibunya sambil menyarung dress berwarna hijau turquoise dan skirt kuning.
Lebih mengejutkan, hasil permerhatian mendapati, ruangan komen entri tersebut dihujani kata-kata daripada pengikutnya yang mengingatkan Che Ta agar lebih berhati-hati dalam memilih pakaian anak kerana ia mampu mengundang bahaya pada anak lebih-lebih lagi kepada golongan pedofilia.
Tidak ketinggalan, wargamaya juga turut menyifatkan segala teguran yang dilaksanakan adalah demi kebaikan mereka sekeluarga.
Bagaimanapun, wujud juga segelintir pihak yang memaklumkan bahawa tiada masalah untuk memakaikan anak pakaian seperti itu memandangkan beliau masih lagi kecil, namun tidak perlu dikongsikan untuk tatapan umum di media sosial.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments