#Hiburan: Meskipun Gigih Berdakwah, Zul Handy Black Dedah Masih Ada Yang Panas Hati

Meskipun telah mengambil keputusan untuk berhijrah beberapa tahun lalu, bekas vokalis kumpulan rock iaitu Zul Handy Black, kini khabarnya semakin rancak berdakwah melalui muzik.

Namun begitu, Zul dilihat tampul mendedahkan wujud segelintir pihak seakan kurang senang dengan tindakannya yang memberi teguran demi kebaikan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zul dikatakan agak terkilan selepas mendapati niatnya untuk mengajak orang sekelilingnya ke arah yang kebaikan sering disalah erti.

Lebih mengejutkan, ada pula yang menegurnya semula seolah mengungkit kisah silamnya dahulu.

“Bila tegur, banyak respons yang berbunyi, ‘macam kau sorang masuk syurga’,’kubur masing-masing, ‘kau pun dulu teruk juga’,’ Aku buat sebab Nabi SAW suruh buat kerja dakwah. Sampaikan walaupun sebaris ayat. Dakwah datang dengan pelbagai gaya, corak, bentuk dan kaedah. Sahabat Nabi, ada yang berlembut, ada yang berkeras.”

Bagaimanapun, menerusi sebuah posting berasingan di Insta Story, Zul mengakui mungkin caranya agak kasar dalam berdakwah, namun beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, malah menegaskan ia terpulang sama ada mahu menerimanya dengan cara positif atau sebaliknya.

“Yang nak terima walaupun telinga bernanah dan hati berdarah, tu tandanya iman masih ada, dan Allah masih sayang, nak kita berubah ke arah yang lebih baik. Yang taknak terima u baiklah, aku bukan nak merampas keseronokan korang, tapi nanti, di akhirat, jangan aku dituntut apa apa lagi sebab di dunia ni, aku dah cuba dan berusaha jalankan tanggungjawab aku.”

Rentetan kejadian, Zul tetap memaklumkan bahawa segala yang dilakukannya kini adalah untuk kebaikan bersama agar ia menjadi satu usaha murni buat para muslim untuk sama-sama menuju ke syurga kelak.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments