#Hiburan: Mahu Cabar Diri, Mona Allen Teringin Berlakon Watak Pengkid

Pelakon Mona Allen kini dilihat bagai tidak segan berkongsi tentang watak yang mahu dicubanya dalam sesebuah drama mahupun filem.

Menurut isteri kepada aktor Pekin Ibrahim ini, salah satu watak yang diingin dibawanya adalah pengkid iaitu seorang gadis berpewatakan seperti lelaki.

“Baru-baru ini, saya ada cuba buat watak pengkid dalam sebuah parodi, tiba-tiba saya rasa suka dengan watak itu dan teringin mencubanya dalam lakonan saya jika berpeluang. Selepas ini kalau ada pihak produksi menawarkan watak pengkid, Insya-Allah saya akan terima.”

Ujar Mona, beliau juga merasakan watak seperti itu mampu mencabar kebolehan dirinya sebagai seorang individu yang bergelar pelakon.

“Watak seperti ini sangat bertentangan dengan diri saya yang sebenar, sebab itu saya mahu mencubanya kerana ia akan mencabar kebolehan saya.”

Untuk rekod, namanya mula dikenali dalam industri hoburan tempatan selepas hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam drama Monalisa. Malah, sebelum itu juga, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasuk Mr. Donat Karamel dan Cik Serba Tahu.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments