Mendapat tempat ke-5 dalam program Big Stage 2020, penyanyi Fadh Majid merasakan bahawa punca dia memperoleh tempat terakhir adalah kerana lupa lirik.
Fadh atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid,27, memberitahu dia mengulang lirik ‘papan di jawa’ sebanyak tiga kali kerana terlalu gementar apabila terpandang muka juri tetap program tersebut iaitu Ajai.
Walau bagaimanapun, Fadh menerima dengan hati terbuka keputusan pada malam itu dan bersyukur kerana berjaya menjejakkan kaki di pentas akhir meskipun masih ‘hijau’ dalam industri seni.
“Saya jadi lost tiba-tiba dan tak ingat lirik seterusnya. Mungkin disebabkan masa itu saya terpandang ajai, terus jadi gementar. Mungkin juga disebabkan itu saya lupa lirik dan menyebabkan saya menduduki tempat kelima. Tapi bagi saya, semuanya bergantung pada rezeki. Kalau memang rezeki, saya salah lirik ke tumbang ke kalau Allah dah kata saya juara, saya tetap juara,”
Merasakan dirinya masih ‘underdog’ berbanding peserta lain, Fadh yang ditemuii media ketika tamat konsert akhir Big Stage 2020 pada ahad lalu turut memberitahu dia banyak bertanya dan meminta nasihat daripada penyanyi Shiha Zikir mengenai industri seni memandangkan mereka berada di bawah syarikat pengurusan yang sama.
“Saya ambil pengalaman yang dia kongsikan untuk berada dalam dunia seni. Semua orang boleh menyanyi tapi pengalaman itu sukar untuk dapat dan Shiha memang banyak membantu saya,” – Fadh Majid
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments