#Hiburan: Bayi Aktif Dan Perut Mengeras Masa ‘Live’, Yana Samsudin Akui Sukar Kelirukan Juri Dalam The Masked Singer Malaysia

Menjadi peserta ketiga tersingkir dalam program terbaru, The Masked Singer Malaysia, Yana Samsudin,36, mengaku agak sukar buat dirinya mengelirukan penonton dan juri  dan membiarkan panel hakim untuk  meneka dengan betul siapakah dirinya di sebalik maskot yang dipakainya pada malam itu.

Dia yang memakai kostum Air Batu Campur (ABC) pada minggu ketiga program itu berkata bahawa gara-gara sudah lama tidak aktif dalam bidang nyanyian menyebabkan Yana tidak tahu bagaimana cara untuk mengelirukan juri.

View this post on Instagram

throwback ABC minggu pertama khas buat semua pelajar Sekolah Rendah KBSR yang pernah belajar kelas muzik dan nyanyi lagu Ais Kacang ?? ?? huhuhu… boleh sing along dengan anak anak! Takleh lupa masa ni Cikgu Shahrul trainer vokal kitorang cakap, “yana… Lagu aper ko pilih ni? dah seminggu melekat cikgu nyanyi nyanyi lagu ais kacang ni kat rumah” ?? hahaha sorry la cikgu… Dan kalau korang nak tahu masa lagu I Am Me tu Akak tak sebut pun perkataan “Sayang, sayang , sayang” pun… sebab tak nak kantoi!!!! Korang kan kenal perkataan keramat “Sayang…..” Dalam filem Bini Bini Ku Gengster ! tapi korang teror lah dapat cam suara jugak… pandainyerrrr.. Hahahaha enjoy! #TheMaskedSingerMalaysia ? @yanasamsudinx

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

“Dah lama rasanya saya tak menyanyi, kalau pergi karaoke pun lagu yang sama. Cabaran unutk program ini adalah untuk kelirukan juri. Saya sebenarnya tak tahu macam mana nak buat. Sebab suara kita ada karakter, mesti akan kantoi. Tu yang saya pilih lagu senang untuk diubah, kononnya la.”

Menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza pada malam itu, Yana turut berkata bukan mudah untuk dirinya beraksi pada malam itu kerana dia kini sedang hamil dan berbadan dua.

View this post on Instagram

U win my heart.. ? ABC @yanasamsudin #TheMaskedSingerMalaysia

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on

View this post on Instagram

Selamat hari lahir suami ku… doa yang sama setiap hari, setiap nafas dan saat ku , selalu minta Allah mudahkan segala urusan dunia akhirat sayang… . Sihat sentiasa, gembira sentiasa, di tetapkan iman, di jauhi sifat hasad dengki dan anasir yang tidak baik, dilimpahkan rezeki dan di mudahkan urusan dalam mencari rezeki kami sekeluarga, di kelilingi sahabat yang baik baik, dapat menjadi pemimpin yang bertanggungjawab , beramanah dan fatonah. . . Terima kasih Allah kerana kurniakan sifat cinta yang tidak pudar pada suami yang Masih bersabar dengan karenah kami dalam keluarga, Amin amin ya Rabbalaamin.. . . Semoga kita bertemu semula dalam syurga yang hakiki.. love you!! ???????? @fadzilzahari @aisymateen #HappybirthdayFz . . Tu hadiah mateen, dadi pinjam posing hahahaha #HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy #MateenDanDadi

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Menurut Yana, bayi di dalam perut sering saja aktif dan kadang-kadang terasa seperti perut mengeras ketika sedang melakukan persembahan. Namun, dia tetap meneruskan nyanyian dan ‘enjoy’ dengan persembahan yang ditonjolkan pada malam itu.

Minggu ketika The Masked Singer Malaysia telah menyaksikan Rajah Brooke mengungguli tempat pertama dengan nyanyian lagu Paku karya asal Ara Johari.

Sumber : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments