#Hiburan: Hulur Salam Tapi Tak Disambut, Naim Daniel Buat Pesanan Khas Untuk Dato Hattan Di Instagram

Akibat cubaan untuk bersalaman tidak berjaya, penyanyi Naim Daniel telah menitipkan sebuah pesanan untuk lagenda Datuk Hattan.

Mungkin tidak perasan tangan yang dihulur Naim ketika dalam sebuah rancangan separuh akhir pertandingan nyanyian, Datuk Hattan dilihat terus berlalu meninggalkan pentas dan diiringi gelak tawa penyanyi lain yang berada di sebelah Naim.

Naim kemudian dilaporkan telah memuat naik video insiden berkenaan turut disertakan dengan beberapa baris kapsyen lucu.

“Assalamualaikum Datuk Hattan, saya dengan rendah dirinya menyatakan bahawa saya masih menanti peluang untuk bersalaman dengan Datuk. Tapi dah covid sekarang ni, kena patuh SOP, tak dapatlah salam nampaknya,”

Berikutan itu, peminat serta pengikut Naim di media sosial tersebut rata-rata terhibur dan memberi komen seolah bersimpati dengan nasib yang ditimpa penyanyi lagu Sumpah itu.

View this post on Instagram

bukan senang dalam hidup kau nak ada dalam satu gambar dengan abang @mrhazama1 dan uncle @iamrosyam sambil beliau sedang menguap

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Perkembangan terbaru, Naim kini sibuk dengan rangka promosi lagu terbarunya yang berjudul Purnama. All the best diucapkan kepada Naim Daniel!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments