Selepas wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab tampil memperlekehkan penguasaan bahasa Inggeris pemain bola sepak negara Safawi Rasid yang kini bermain untuk kelab Portimonense SC, pelakon sensasi Zarina Anjoulie tampil menyelar tindakan tersebut.
Menurutnya, Safawi telah cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, namun tindakan rakyat tempatan yang menyindir cara pertuturannya itu adalah tidak manis.
“Siapa kacau sapawi aku nak ludah. Atleast dia cuba cakap English bukan cakap Melayu kat sana. Macam mana nak maju Melayu sikit-sikit nak sindir sikit-sikit nak bahan, biar la dia belajar. Power lah juga dia dapat main untuk kelab sana international daripada korang yang terperap je kat rumah tak ada buat apa apa. Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia.”
Tidak kurang juga, Zarina dilihat turut memuat naik sepotong rakaman video dan menyeru orang ramai supaya memberikan sokongan terhadap Safawi kerana beliau antara individu yang mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.
“Kenapa nak bahan dia, English berterabur sikit nak gelak-gelakkan. Kita patut sokong sesama Malaysia. Dia tengah mengharumkan nama negara kita. Tunjukkan sedikit sokonganlah. Dia dah sampai sana dah sangat bagus.”
Untuk rekod, bekas bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal menyarung jersi bernombor 29 untuk kelab Portimonense SC.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments