#Hiburan: Dah Hilang Rasa Malu, Cik B Makin Seronok Jadi Pelakon Meskipun Agak Kaku Kerana Lidah Pendek

Anak perempuan kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B kini dilaporkan sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen,15, ketika ditemui media berkata dia mula berlakon selepas dipaksa ibunya mencuba nasib dalam bidang lakonan.

“Mula-mula saya agak takut sebab tak ada pengalaman berlakon, lepas tu mama push (paksa) saya untuk ambil watak ini. Saya tiada pilihan..tak boleh kata tidak! Jawapannya hanya yes sahaja. Alhamdullilah sekarang saya suka sebab kru semua sangat baik,”

View this post on Instagram

 

? #lelakilingkungancinta

A post shared by ???? ?????® ?????? (@cikb_havoc66) on

Dalam pada itu Cik B turut mengakui dirinya agak kaku ketika berlakon kerana lidahnya yang agak pendek. Difahamkan, pelakon baru ini bakal mempertaruhkan bakat lakonannya menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta yang turut dibintangi artis lain seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani dan ramai lagi.

Sumber : mStar Online 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments