Melihat anak sulungnya, Danish Anaqi yang kini berusia 16 tahun sudah berangkat ke Jepun untuk menyambung pelajarannya, pelakon Datuk Aaron Aziz, 44, zahir rasa sedih.
Menurutnya, anak sulungnya itu akan berada di sana selama tiga tahun untuk kursus Pra-IB dan diploma.
“Tabarakallah Ya Allah. Kau lah sebaik-baiknya penjaga untuk anakku @danishanaqiaaron. Lindungi dia dan semua pelajar dari bahaya yang dilihat atau tidak dilihat. Berat hati ini melihat anak sulungku ke luar negara untuk 3 tahun di Jepun.”
Perkongsian yang dimuat naik itu menunjukkan Aaron sedang memeluk Danish di sebuah lapangan terbang sebelum anaknya berangkat meninggalkannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya pengikutnya tidak lekang mendoakan agar Danish sentiasa dirahmati Allah SWT sepanjang menuntut ilmu. Malah tidak ketinggalan menitip kata-kata semangat untuknya sepanjang berada di tempat orang.
Untuk rekod, Aaron yang telah berkahwin dengan Datin Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Dwi Ariana dan anak bongsu mereka Dahlia Arissa.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments