Pelawak dan juga pengacara terkenal, Nabil Ahmad dilaporkan telah menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai usaha mencegah penularan pandemik itu.
Dia yang memuat naik video sepanjang menjalani ‘swab test’ itu menerusi ruangan Instagram miliknya untuk tatapan umum.
Dalam pada itu, Nabil sempat berseloroh menerusi kapsyen bertanyakan adakah ini wajah normal ketika ujian saringan itu dijalankan.
View this post on InstagramMmg muka swab test mcm ni eh rupa dia??Kalau masuk news, shoot muka ni yang dorang highlight ni.
“Memang muka swab test macam ni eh rupa dia? Kalau masuk news, shoot muka ni yang diorang highlight ni,”
Menerusi video tersebut, Nabil dilihat sedang menahan kesakitan dan terbatuk ketika alat ujian dimasukkan ke dalam hidung untuk kutipan sampel.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesihatan Nabil dan berharap ujian yang bakal diketahui nanti kekal negatif.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments