Sedia maklum, penampilan penyanyi kumpulan wanita Malaysia yang dikenali ramai iaitu Dolla sering kali dikecam masyarakat kerana dianggap agak keterlaluan untuk digayakan di negara ini.
Bukan saja penampilan dipertikai ramai, malah Dolla yang dianggotai oleh empat orang penyanyi iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya juga dikatakan ingin meniru penyanyi kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK.
Susulan itu, salah seorang penyanyi kumpulan terbabit iaitu Sabronzo memberitahu mereka tidak mengendahkan komen negatif netizen, sebaliknya hanya mahu fokus untuk pertingkatkan kerjaya seni.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Sabronzo juga berharap agar isu cara pemakaian mereka itu tidak dipanjangkan lagi dan kecaman yang diterima baru-baru ini membuat ahli kumpulan itu sedar untuk lebih berhati-hati apabila memilih pakaian.
Tambahannya lagi, sememangnya mereka berasa kesal kerana terlepas pandang berkenaan isu itu ketika membuat persembahan di festival Good Vibes Weekender.
Fokus kami lebih kepada persembahan pada malam itu memandangkan diberi peluang untuk beraksi pada slot pembukaan.
Untuk menyelesaikan isu yang ada, Sabronzo sebagai wakil kumpulan Dolla harap masyarakat tidak terus menghakimi mereka dan berjanji perkara tersebut tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
The post “Nilai Bakat Bukan Imej..” – Dolla Minta Netizen ‘Stop’ Kecam Cara Pemakaian Seksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments