Malam tadi, pengacara program Gegar Vaganza Musim ke-9 2022 (GV9) iaitu pelawak terkenal, Nabil Ahmad telah membuat kejutan buat isterinya, Nazirah Ayup secara siaran langsung di atas pentas.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Nabil dilihat menjemput isterinya dari kerusi penonton sehingga ke atas pentas Gegar Vaganza.
Bukan itu sahaja, pengacara berusia 39 tahun itu turut menyediakan sebuah kek tiga tingkat dan menitipkan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada isterinya sepanjang mereka mendirikan rumah tangga bersama.
Saya sayang awak sehingga Allah memisahkan kita.
@ceobissnespropozel Kak Lina pompom pun menyanyikan lagu??????#kaklinapompom #gv9 #bintangkembalimenyengat #gegarvaganza9
Menjengah di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya tersentuh hati dan meluahkan rasa sebak mendengar ucapan Nabil menghargai pengorbanan isteri tercinta.
Namun, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengacara itu kerana menggunakan pentas GV9 untuk tujuan peribadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Aku Nak Tengok Orang Nyanyi La Wei!” – Rai ‘Anniversary’ Di Pentas GV9, Netizen Suruh Nabil Cari Tempat Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments