Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter dimana terdapat seorang pengguna bernama Shafiqah Othman membuat sebuah ciapan dimana dia memuji seorang pekerja kerja serbaneka 7-Eleven yang tidak lokek memberi senyuman serta pertolongan kepada pelanggan.
Pekerja yang bernama Al Amin, 28, itu difahamkan berasal daripada Bangladesh dan beliau juga sudah bekerja di 7-Eleven Bukit Jelutong, Shah Alam selama lima tahun.
Dalam ciapan yang lain pula, individu wanita tersebut memberitahu semasa dirinya mengunjungi kedai tersebut, dia melihat pekerja itu sedang membantu seorang pelanggan mendaftar nombor telefonnya.
Remember this tweet? A kind soul shared with me today that delegates from @7elevenmalaysia HQ came down to acknowledge and congratulate him ? We love you, Alamin! Consider this a little thank you from everyone in Bukit Jelutong. Hope we made you smile too! ?? https://t.co/uKkD2Ho7oc pic.twitter.com/fi0lEjvxwQ
— Shafiqah Othman (@sfqomhz) November 10, 2021
Menyedari kebaikan yang dilakukan oleh Al Amin, pihak 7-Eleven tidak melepaskan peluang dengan memberikan pengiktirafan kepada individu tersebut kerana melakukan kebaikan sekali gus mengharumkan nama mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter serta yang pernah mengunjungi 7-Eleven tempat individu lelaki itu bekerja mengucapkan tahniah dan merasakan Al Amin sememangnya layak menerima pengiktirafan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan dibawah.
The post Tak Kedekut Senyuman, Personaliti Dipuji, Pekerja 7-Eleven Tular Di Twitter Terima Pengiktirafan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments