#Hiburan: Naik Turun Mahkamah Rebut Penjagaan Anak, Cef Wan Sedih Terkenang Nasib Cucu

Tukang masak selebriti terkenal, Cef Wan meluahkan rasa kesal mengenai kes berkenaan hak penjagaan cucu-cucunya iaitu Tristan Tareef,11, dan Isabella Safiyya,10 yang masih dalam perbicaraan mahkamah sehingga ke hari ini.

cef Wan
2 bulan lalu

Dinner Makan Telur Rebus Dan Biskut, Cef Wan Kongsi Tips Turun Berat Badan 4-5 Kilogram

Advertisement

Curahan hati Cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail itu turut dikongsikan tukang masak selebriti itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan netizen.

Ujar Cef Wan, dia dan keluarga masih menantikan keputusan mahkamah sama ada hak jagaan Tristan dan Isabella akan diberikan kepada anaknya, pelakon Serina atau bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh.

Advertisement

Jika nanti ada yang menang dan kalah terhadap rayuan. Nasib lah. Terima saja keputusan mahkamah. Dah penah dengan kes mereka. Sampai tumbuh bulu bawah itu pun nak naik court turun court lagi.

Dalam pada itu,  Cef Wan sempat menitipkan nasihat buat Serina agar berbaik saja bersama bekas suami memandangkan masing-masing sudah mempunyai haluan dan kehidupan sendiri.

“Saya nasihat Serina, dah jumpa jodoh masing-masing, pandai-pandailah bawa diri. Hidup saya tak panjang. Saya dah kerja seumur hidup hanya untuk berkorban untuk ramai orang. Tolong jangan buat hati saya menangis lagi.” luahnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam telah memutuskan untuk memberi hak penjagaan Isabella kepada Serina manakala Tristan kepada Gavin.

Serina mendirikan rumah tangga bersama Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 sebelum bercerai tujuh tahun kemudian iaitu pada 1 Ogos 2017.

The post Naik Turun Mahkamah Rebut Penjagaan Anak, Cef Wan Sedih Terkenang Nasib Cucu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments