#Hiburan: “Anak Baru Seketul, Acah Pro..” – Netizen Tak Puas Hati Hanis Zalikha Sering Kongsi Tentang Anak

Rasanya ramai yang mengetahui selebriti terkenal, Hanis Zalikha sering kali berkongsikan tips-tips tentang kehidupannya sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata di akaun Instagramnya.

Lagi-lagi apabila sudah menimang dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2, pelbagai perihal tentang anak-anak menjadi topik penulisannya di akaun media sosialnya bagi tatapan ramai.

Advertisement

Baru-baru ini, beliau ada berkongsi sebuah hantaran di Instagram memberitahu anak perempuannya, Alisa kini tidak lagi menggunakan botol susu.

Menurut isteri kepada pelakon Hairul Azreen, Alisa kini tidak lagi minum susu botol selain selera makannya juga kian bertambah dan memberitahu komunikasi dengan anak-anak menerangkan sebab serta akibat adalah penting.

Advertisement

Bagaimanapun, perkongsian daripada Hanis itu nampaknya tidak disukai oleh beberapa pihak dan mereka beranggapan selebriti ini seperti ingin menunjuk-nunjuk kepada umum.

Netizen tak puas hati dengan Hanis ZalikhaSumber : Alisa Aisyah 

Namun, ada juga beberapa netizen yang turut membela dan menyokong perkongsiaan yang dibuat oleh Hanis menerusi media sosialnya.

Sekadar info, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah mendirikan rumah tangga selama 6 tahun sejak 5 Jun 2015.

6 bulan lalu

Berbaloi Hantaran Kahwin RM91 Ribu, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak

The post “Anak Baru Seketul, Acah Pro..” – Netizen Tak Puas Hati Hanis Zalikha Sering Kongsi Tentang Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments