#Hiburan: Sotong 2 Ekor RM100 Jadi Tumpuan Netizen, KPDNHEP Beri Notis Kepada Peniaga Restoran Nasi Kandar Terkenal

Memetik laporan Sinar Harian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang dilaporkan telah mengeluarkan notis pengesahan maklumat barangan terhadap pengusaha sebuah restoran nasi kandar terkemuka di negeri itu.

Ini berikutan tular kisah sotong goreng yang dijual pada harga RM100 untuk 2 ekor yang dibangkitkan seorang pengguna media sosial, semalam.

Advertisement
Sotong RM100Sumber : Twitter 

Perkara tersebut disahkan oleh pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar yang memaklumkan notis tersebut telah dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP 2011).

Ridzuan juga memberitahu bahawa sekumpulan penguat kuasa agensi berkenaan telah menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas premis tersebut yang terletak di Lebuh Campbell, Georgetown selepas tularnya insiden tersebut.

Pengusaha dikehendaki memberikan maklum balas notis dalam tempoh dua hari bekerja atau sehingga 26 November ini kepada pejabat Cawangan Timur Laut.

Advertisement

Jika gagal, pengusaha restoran tersebut boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 AKHAP 2011.

Tular di media sosial semalam apabila seorang pengguna telah memaparkan resit menu makanan yang tertulis harga bagi dua ekor sotong ialah RM100, sepinggan nasi beriani kosong (RM4.50), nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Sotong Sumber : Google  

Terdahulu, pengusaha restoran terbabit tampil menjelaskan bahawa harga kesemua makanan yang dijual telah disenaraikan dengan jelas termasuk harga hidangan sotong tersebut yang dianggarkan bernilai antara RM10 dan RM150.

“Sotong goreng ‘apollo’ ini tidak murah. Kami sendiri membelinya pada harga RM35 hingga lebih RM40 sekilogram. Malah harga di pasaran juga sentiasa berubah-ubah.” jelas Muhammad Riyaaz selaku pengarah restoran nasi kandar yang tular itu.

Nafkah isteri
20 jam lalu

Suami Atau Bekas Suami Culas Beri Nafkah? Akaun Bank Mereka Mungkin Akan Disekat

The post Sotong 2 Ekor RM100 Jadi Tumpuan Netizen, KPDNHEP Beri Notis Kepada Peniaga Restoran Nasi Kandar Terkenal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments