Lebih dua dekad bergelumang sebagai anak seni, pelakon dan penerbit tersohor Puan Sri Tiara Jacquelina berpendapat bahawa seorang pelakon itu harus mempunyai ilmu dan dedikasi yang tinggi.
Tiara memberitahu yang disiplin, bakat dan dedikasi seharusnya seiring jika ingin bergelar sebagai seorang anak seni yang hebat.
Tidak boleh cepat perasan dan rasa diri hebat kerana sebagus manapun kita, beratus lebih ramai pelakon bagus di luar sana.
Tambah Tiara, seorang pelakon yang baik pasti mempunyai serinya sendiri dan orang pandang bukan sebab lawa tetapi kualiti dan dedikasi pelakon tersebut.
Dalam pada itu, Tiara turut memberitahu bahawa individu yang ingin menjadi pelakon terbaik juga harus berani melalui keperitan sebagai seorang anak seni serta hanya jadi influencer kalau setakat hendak kejar populariti dan glamor.
Ujar Tiara lagi, pelakon yang baik juga perlu mengelakkan diri daripada terpalit dengan kontroversi serta tidak mudah melatah apabila berdepan kontroversi.
Selain disiplin yang tinggi, pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu turut berpendapat yang kelas lakonan merupakan platform terbaik untuk mengajar tentang keyakinan diri selain mengasah bakat yang sedia ada dalam diri seseorang itu.
Jika berlatih, misi akan lebih jelas dan keyakinan juga akan diperoleh daripada latihan yang disediakan.
Tiara atau nama sebenarnya Puan Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah juga memberitahu yang keyakinan belajar dalam kelas lakonan sangat berbeza dengan berlatih sendiri seperti menghafal skrip dalam kereta kerana impaknya ternyata berbeza.
Sekadar info, Tiara mengeluarkan kenyataan tersebut ketika sesi siaran langsung Instagram bersama Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia menerusi Instagram Wartawan Hiburan.
The post Tiara Jacquelina Minta Pelakon Jadi ‘Influencer’ Saja Jika Hanya Nak Glamor first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments