#Hiburan: “Dah Banyak Kali Cucuk Ni..” – Fizz Fairuz Persoal Amaran WHO Supaya Tak Bergantung Pada Vaksin

Pelakon versatil, Dato Fizz Fairuz persoal mengenai amaran yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tidak terlalu bergantung kepada vaksin bagi mengekang penularan kes COVID-19.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, beliau mempersoalkan mengenai kebergantungan orang ramai ketika musim COVID-19 meskipun sudah menerima suntikan vaksin.

Advertisement

Pulak dah.. dah banyak kali cucuk ni, tetiba cakap macam ni pulak. Kelakar dia orang ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Dalam pada masa yang sama, suami kepada pelakon Datin Almy Nadia turut berharap agar dapat menyambut Aidilfitri pada tahun hadapan berikutan negara pernah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mempunyai pendapat yang sama dengan pelakon filem Munafik 2 itu.

Sebelum ini, Datuk Fizz Fairuz bersama isteri, Datin Almy Nadia tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Fizz Fairuz Almy Nadia
4 minggu lalu

Tak Setuju Vaksin Anak-Anak Bawah 12 Tahun, Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Capai Kata Sepakat

The post “Dah Banyak Kali Cucuk Ni..” – Fizz Fairuz Persoal Amaran WHO Supaya Tak Bergantung Pada Vaksin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments