Penyanyi Bad Indigo kini berdepan dengan kesukaran apabila lima jari kakinya terpaksa dibuang melalui proses pembedahan secara berperingkat akibat daripada penyakit diabetes yang dihadapinya.
Menurut Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, biarpun pergerakkannya agak terbatas, namun dia berusaha semampu boleh untuk menguruskan dirinya tanpa bantuan isteri iaitu penyanyi, Ashira.
Lima jari kaki telah dibuang. Sejak dari keluar hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna walker untuk bergerak.
View this post on Instagram
Penyanyi yang kini berusia 46 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan membuang jari kakinya yang sudah terluka akibat penyakit diabetes dihadapinya sejak Januari, Mac dan September lalu.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi ini menganggap dugaan yang dihadapinya ini sebagai peringatan buatnya untuk sentiasa ingat akan Yang Maha Esa.
Bad ditemui oleh pihak mStar di konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama isterinya Ashira yang juga merupakan bekas bintang program GV untuk musim ketujuh, Ahad lalu.
The post Akibat Diabetes Lima Jari Kaki Bad Indigo Dibuang, Guna ‘Walker’ Untuk Bantuan Pergerakan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments