#Hiburan: Terima Layanan Baik, Vivy Yusof Hadiahkan dUCK Kepada Petugas Hospital

Usahawan terkenal tanah air, Datin Vivy Yusof yang baru sahaja selamat melahirkan anak keempatnya, meluahkan rasa terharu terhadap petugas hospital kerana menjaganya dengan begitu baik.

Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof memuat naik beberapa gambar bersama staf hospital yang menjaganya di wad bersalin di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia terharu dengan sokongan dan bantuan yang diberi oleh mereka tatkala dirinya berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya setelah melahirkan anaknya.

Malam pertama selepas melahirkan anak, saya berasa sangat lemah. Saya tak berhenti menggeletar dan darah saya menitik ketika berjalan ke bilik air.

Menerusi hantaran gambar yang memaparkan beg berisi produk dUCK dan juga kad ucapan terima kasih yang ditulis sendiri oleh Vivy.

Jururawat bantu saya sampai habis dan ini adalah apa yang mereka lakukan setiap hari dalam kerja mereka, bukan saya saja tapi kepada setiap pesakit yang datang.

Advertisement

Menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata pengikut Vivy memberi komen positif dan meluahkan rasa kagum terhadap sifat pemurahnya.

“Vivy pemurah. Salah satu perkara baik yang akan diingati. Selamat berpantang Vy..” tulis seorang pengguna Instagram.

Vivy Yusof
6 hari lalu

(TAHNIAH) Vivy Yusof Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Idris Ali Shah

The post Terima Layanan Baik, Vivy Yusof Hadiahkan dUCK Kepada Petugas Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments