#Hiburan: Muzik Video Lagu Tinggalkan Diriku Undang Sebak Orang Ramai

Muzik video (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang memuatkan perbualan terakhir pelawak Shuib dan isterinya Allahyarham Siti Sarah mencatat lebih sejuta tontonan dalam tempoh dua hari.

Lagu Tinggalkan Diriku nyanyian Allahyarham Siti Sarah
3 hari lalu

Perbualan Terakhir Shuib Dan Allahyarham Siti Sarah Dikongsi Dalam Lagu 'Tinggalkan Diriku'

Advertisement

Single rakaman nyanyian Sarah semasa menjalani latihan pada showcase di MATIC tiga tahun lalu itu juga berjaya meruntun hati banyak pihak termasuklah rakan artis dan peminat.

Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.

Menurut Shuib, dia turut menyelitkan perbualan akhirnya bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan.

Advertisement

Shuib juga memberitahu yang ia merupakan momen paling sukar dalam hidupnya sebagai seorang suami serta bapa kepada anak-anak dan perbualan tersebut melambangkan pengorbanan besar seorang ibu bertarung nyawa melahirkan anak.

MV Tinggalkan Diriku

Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu juga, Shuib telah meminta isterinya untuk menguatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.

Sekadar info, Siti Sarah telah disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat jangkitan Covid-19 selepas melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan.

The post Muzik Video Lagu Tinggalkan Diriku Undang Sebak Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments