Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh semalam ada mencuri perhatian wargamaya apabila dia hadir ke Hari Terbuka bersama penduduk yang diadakan di Masjid Al-Imam Al-Ghazali di Bandar Manjalara.
Tampil berhijab penuh dan berbaju kurung, Hannah dilihat manis seperti wanita Melayu sewaktu menyantuni penduduk di dalam masjid tersebut.
Perkara tersebut turut dikongsikan Hannah menerusi sebuah hantaran di Twitter miliknya untuk tatapan netizen.
Menghadiri Hari Terbuka di Masjid Al-Imam Al-Ghazali Bandar Menjalara #Segambut. Gembira melihat penduduk pelbagai kaum melawat masjid hari ini. Video – uncle ini tak cam saya kerana saya berselendang ? pic.twitter.com/hzzA2sxQ3e
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) November 28, 2021
Ceritan Hannah ringkas di bahagian kapsyen, ada yang tidak mengenalinya kerana dirinya tampil bertudung litup pada hari terbuka bersama penduduk itu.
Malah, penduduk setempat yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Hannah kerana penampilannya yang tidak seperti kebiasaanya itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil memuji cara Hannah meraikan kepelbagaian agama dan beramah mesra dengan penduduk di kawasan pentadbirannya itu.
Malah, ramai yang memuji kecantikan Hannah bertudung berwarna ungu, sedondon dengan baju kurung yang digayakan oleh figura ini.
“Terima kasih YB. Kita saling memahami dan menghormati budaya dan amalan agama sesama kita. Melayu ni ada sopan dan santunnya, budi dan bahasanya, sama macam dikalangan tionghua dan lain-lain.” tulis seorang individu panjang lebar di bahagian komen.
Sehingga kini, perkongsian Yang Berhormat Hannah itu telah menerima hampir ratusan ribu tontonan dan juga ribuan tanda suka daripada netizen.
The post Santuni Penduduk Dalam Masjid, Penampilan Hannah Yeoh Berhijab Raih Pujian Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments