#Hiburan: “Saya Tersenyum Dengar Sajat Jadi Tetamu Rancangan Ellen DeGeneres..” – Harith Iskander

Pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila mengetahui usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat dijemput untuk hadir ke rancangan bual bicara terkemuka di Hollywood iaitu The Ellen Show dan hal itu disampaikan sendiri oleh beliau menerusi akaun TikToknya.

Berita tersebut juga telah mencuri perhatian pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander dan meluahkan pandangannya menerusi Facebook beliau.

Advertisement

Katanya, dia berasa gembira apabila mendengar perkhabaran bahawa Sajat bakal menghadirkan diri di rancangan Ellen DeGeneres yang juga merupakan rancangan bual bicara kegemarannya.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berkata kisah Nur Sajat yang dianggap telah dimalukan oleh orang Malaysia menjadi punca dia dipuji di negara luar.

Akhir sekali, pelawak tersebut menitipkan ucapan kepada Sajat dan berharap agar dia dapat bertemu dengan anak-anaknya suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harith Iskander™? (@harithiskander)

Advertisement

Terdahulu, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ditemuramah oleh BBC News dan didalam temubual itu, Sajat mendakwa dirinya telah ditindas serta menegaskan bahawa dia tidak akan pulang semula ke Malaysia.

Sajat
1 hari lalu

Dijemput Ke Rancangan Temubual Ellen Show, Sajat 'Mendunia' Di Hollywood

The post “Saya Tersenyum Dengar Sajat Jadi Tetamu Rancangan Ellen DeGeneres..” – Harith Iskander first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments