Mengikut laporan dari The Hollywood Reporter, siri televisyen tentang skandal terbesar iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, And The World sekarang ini sedang berada di peringkat perancangan.
Buku yang ditulis oleh jejaka bernama Tom Wright dan Bradley Hope itu mengisahkan tentang skandal mengenai Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho.
Di dalam buku itu juga, menceritakan bagaimana beliau dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat mendalangi kecurian berbilion dolar daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB, yang telah dihantar ke akaun bank di Switzerland, Singapura dan Kepulauan Virgin.
View this post on Instagram
Siri televisyen ini bakal diterbitkan oleh Beau William yang juga terbabit dalam drama politik berjudul House Of Cards.
Dalam pada itu, rakan kongsi William, Jordan Tappis dan Tan Sri Michelle Yeoh juga akan dikreditkan sekali sebagai penerbit bersama untuk siri televisyen skandal ini.
Di dalam kenyataan yang dibuat oleh William dan Tappis, mereka tertarik dengan kisah yang menggambarkan kerumitan hidup di zaman ini dengan tumpuan watak yang mengelirukan serta mengejutkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Michelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama, Siri Televisyen Tentang Skandal 1MDB Dalam Perancangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments