Pendakwah bebas tanah air yang cukup dikenali ramai, Firdau Wong baru-baru ini ada berkongsikan kisah Al-Masih Ad-Dajjal di Instagramnya dan perkongsian itu telah menarik perhatian ramai kerana ulasan serta contoh dianggap ‘menusuk kekalbu’.
Menerusi perkongsian tersebut, pendakwah ini berkongsi satu soalan yang diajukan oleh seorang pengguna Instagram mengenai Dajjal.
Jikalau pada dahi Dajjal dah tertera perkataan ‘Kafir’, kenapa masih ada orang mengikutinya?
View this post on Instagram
Firdaus Wong menggunakan gambar amaran yang ada pada kotak rokok sebagai contoh untuk menjawab soalan yang diajukan oleh seseorang itu.
Menurutnya, biarpun ‘sudah terang lagi bersuluh’ perkataan amaran di atas kotak rokok itu, masih ada yang membeli dan menghisap rokok itu serta berkata ilmu bukan sekadar dipelajari tetapi ia perlu difahami dan juga diamalkan.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan selepas melihat penjelasan yang diberikan oleh pendakwah itu.
Sekadar info, Firdaus Wong sering berkongsikan permasalahan dan motivasi harian menerusi pelbagai platform media sosial terutamanya di aplikasi Telegram.
The post Tertera Perkataan ‘Kafir’ Di Dahi, Kenapa Masih Ada Yang Ikut Dajjal? Ini Jawapan Firdaus Wong.. first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments