#Hiburan: Datin Alyah Akui Tiada Masa Bersama Tok Ram Bila Gegar Vaganza Tiba

Penyanyi Datin Alyah baru-baru ini mengakui yang ruang masanya bersama suami, Datuk Ramli MS atau Tok Ram menjadi terhad setiap kali tibanya program Gegar Vaganza (GV).

Datin Alyah 'Geram' Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza
3 minggu lalu

Datin Alyah 'Geram' Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza

Advertisement

Alyah bagaimanapun memberitahu, dia langsung tidak terasa hati kerana sudah terbiasa dengan situasi tersebut memandangkan program realiti itu sudah pun berjalan hampir sedekad.

Jujurnya tiap kali tiba GV, memang rutin seharian kami jadi janggal dan jauh berbeza. Nak makan bersama di luar pun jarang sekali dan boleh dikira dengan jari.

Advertisement

Tambah Alyah, jadual Tok Ram agak padat kerana dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya bermula dari hari Selasa tetapi dia sudah maklum dan faham dengan keadaan tersebut.

Datin Alyah

Alyah memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui pada majlis memeterai perjanjian antaranya dengan syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan wanita, Kamya Glow baru-baru ini.

Sekadar info, Alyah dan Tok Ram telah bernikah pada 18 Mac 2013 di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun setengah sebelum diketahui media dan mereka belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lapan tahun berkahwin.

The post Datin Alyah Akui Tiada Masa Bersama Tok Ram Bila Gegar Vaganza Tiba first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments