#Hiburan: Harga Roti Naik, Daphne Iking Dikecam Netizen Gara-Gara Suruh Buat Sendiri Pakai Thermomix

Personaliti TV Daphne Iking menjadi mangsa kecaman netizen apabila dia ada mencadangkan orang ramai agar membuat roti sendiri susulan harga makanan ruji hampir keseluruhan rakyat Malaysia itu mengalami peningkatan mulai hari ini.

Apa yang menjadi bahan kecaman adalah apabila Daphne mencadangkan agar mereka di luar sana menggunakan perkakas memasak makanan premium Thermomix yang harganya mencecah ribuan ringgit seunit.

Advertisement

Sedia maklum mengenai kritikan tersebut, Daphne tampil memberi sedikit penjelasan mengenai tindakannya yang dianggap tidak sensitif bagi sesetengah orang itu.

Satu benda yang saya nak jelaskan adalah saya tidaklah kaya raya tapi bersyukur kerana mempunyai karier dan membayar bil dan sediakan makanan atas meja. Saya tidak berniat menyakiti perasaan orang lain.

Didakwa tidak menghormati dan kurang sensitif dengan nasib golongan yang tidak berkemampuan, Daphne sebelum ini ada berkongsi foto berbaur jenaka di Instagram di mana dia menyarankan orang ramai untuk membuat roti sendiri di rumah menggunakan Thermomix.

Advertisement

Ia sekaligus mengundang komen pelbagai daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Daphne berjenaka dengan isu seperti itu kerana masih ramai rakyat di negara ini yang masih bergelut dengan isu kewangan yang semakin meruncing dari hari ke hari.

Daphne Iking
2 minggu lalu

"Rupanya Objek Keras & Tajam Itu Batu Nisan" - Daphne Iking

The post Harga Roti Naik, Daphne Iking Dikecam Netizen Gara-Gara Suruh Buat Sendiri Pakai Thermomix first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments